Sabtu, 28 Desember 2013

Ada jugak negara yang belum pernah merasai Coca Cola


Sepertinya tidak ada orang yang belum pernah meminum Coca – Cola. Dan sepertinya semua orang pasti mengenal minuman bersoda ini.
Namun ternyata fikiran kita salah, masih ada negara Cuba dan Korea Utara yang belum pernah merasai Coca – Cola. Sedangkan Myanmar baru akan merasai i minuman bersoda ini.
Berdasarkan khabar yang diberikan Associated Press, The Coca – Cola Company, minuman bersoda tersebut akan mulai menjual produknya lagi di Myanmar setelah sekitar 60 tahun berlalu.
The Coca – Cola Company sempat melakukan bisnis di Myanmar sekitar tahun 1927. Namun pada saat itu AS melarang perusahaan ini berinvestasi di negara – negara Asia Tenggara yang masih dalam proses reformasi demokrasi.
Sampai pada akhir tahun 2011, Myanmar masih dikuasi oleh militerisasi.
Dan bulan lalu. Pemerintahan AS telah mencabut larangannya. Perusahaan – perusahaan terkenal seperti Coca – Cola Company sudah dapat berinvestasi kembali di Myanmar.
Coca – cola akan mengimport produk – produknya dari negara tetangga selagi Perusahaan sedang dibangun di Myanmar. Perusahaan tersebut akan menyumbang 3 juta dollar untuk pembangunan perusahaan dan membuka lapangan kerja bagi wanita Myanmar.
Coca – cola bekerjasama dengan PACT yaitu kelompok non pemerintah yang mendukung inisiatif ekonomi dan kesehatan di negara – negara berkembang.
Sampai sekarang hanya Korea Utara yang belum pernah merasakan minuman bersoda Coca – Cola tersebut. Sebenarnya Cuba adalah salah satu negara pertama yang terdapat Coca – Cola. Namun karena pemerintahan yang dipimpin oleh Fidel Castro, aset swasta disita setelah Revolusi cuba.
 sumber

Sniper Muslimah Tercantik di Dunia

28 Feb 2013  catatan idahsalam

Dengan style alis rapi, sepatu bot kulit dan gelang emas, dia dikenali  Guevara kerana dia adalah orang terakhir yang menjadi harapan, lengkap dengan senapang sniper bersembunyi di tengah perang awam berdarah di negaranya.

Mengenakan jilbab dan gaun, dan celana khaki, Guevara, duduk tersembunyi di sebuah bangunan yang rosak menunggu untuk melihat musuh pasukan pemerintah.
 
Tapi mantan guru bahasa Inggeris ini telah dikenali ramai warga sebagai penembak tepat perempuan di jalan-jalan kota Suriah.
Berasal dari Palestine, sniper mengatakan bahawa dia pertama kali mengambil senjata di sebuah kem  latihan tentera di Lebanon yang dijalankan oleh tentera Palestine dari kelompok Hamas.
 
Dan dia mengaku bahagia dalam peranannya yang tidak biasa dan berbahaya untuk seorang wanita. Dia mengatakan "Saya suka berkelahi,  ketika saya melihat bahawa salah satu teman saya di katiba saya [divisi pemberontak] telah dibunuh, saya merasa bahawa saya harus angkat senjata dan membalas dendam.
 
Dia juga termotivasi oleh kematian anak perempuannya berusia 10 dan seorang putera berusia 7 tahun beberapa bulan lalu. Pasangan itu mati ketika serangan udara menghantam rumah keluarganya.
Sekarang dia bilang dia merasa dipaksa untuk membunuh perajurit pemerintah setiap kali kematian dari salah satu pejuang sesama pemberontak.
 
Pekerjaan memerlukan kesabaran, kecepatan dan kecerdasan dan dia sering harus duduk berjam-jam menunggu tentera pemerintah untuk mengambil alih tempat mereka.
sniper perempuan yang dikenali sebagai Guevara, batang jalanan Alleppo dengan senapang nya
Guevara bergerak dari satu posisi penembak jitu untuk mendapatkan sudut pandang yang lebih baik.
 36 tahun melihat senapag nya. Dia berperang melawan tentera pemerintah menyusul kematian kedua anaknya yangmeninggal dalam serangan udara
mantan guru bahasa Inggeris
Guevara menyaksikan garis musuh melalui penglihatan sniper nya di garis depan di Salah Addeen
 Guevara tersenyum untuk kamera di garis depan di Alleppo
  
 otakberita

Jumat, 27 Desember 2013

Presiden Pas Amat bodoh kalau ditipu syaitan dikenali

sinar harian
Abdul Hadi Awang
12 Oktober 2012
PARA ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda :
لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت.
السيرة النبوية لابن كثير - (ج 1 / ص 258 ).

(Sesungguhnya aku pernah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jud’aan satu persefahaman, sekiranya aku diajak bersamanya dalam Islam nescaya aku menerimanya).

Peristiwa bersejarah ini berlaku dimasa jahiliyah, ketika Rasulullah S.A.W. belum dilantik menjadi Rasul dalam usia dua puluhan. Apabila  bapa-bapa saudara baginda  membawanya menyertai pertemuan khusus di kalangan pemimpin utama Makkah. Rasulullah S.A.W. diizinkan menyertai perjumpaan khas itu dalam usia yang dianggap terlalu muda dan mentah, tetapi  diakui kebijaksanaanya yang luar biasa dan akhlaknya yang sangat mulia.

Peristiwa ini berlaku apabila seorang pengunjung Makkah daripada Qabilah Zubaid  Yaman yang berniaga, dizalimi oleh seorang bangsawan Makkah  bernama Al ‘Aas bin Waael. Pendatang yang dizalimi gagal mendapat pertolongan daripada rakan-rakan kenalannya kerana kedudukan bangsawanan si zalim itu. Lalu mangsa kezaliman mendaki bukit Qubais berhampiran Kaabah melaungkan rayuan pertolongan dan mencabar bahawa kesucian Makkah dan keamanannya sudah tidak ada lagi.

Apabila seruannya didengari oleh para pemimpin Makkah yang sedang berkumpul, mereka merasa malu dan tercabar. Maka diadakan perjumpaan tergempar di rumah Abdullah bin Jud’aan dengan membuat keputusan satu muafakat yang dinamakan Half Al Fudul bagi menentang kezaliman dan membela sesiapa yang dizalimi.
Rasulullah S.A.W. bersabda  tersebut diatas dengan huraiannya: (Kalaulah persefahaman ini diajak sekarang, ketika berada dalam  Islam pun nescaya aku menerima dan menyertainya).
Rasulullah S.A.W. juga bersabda secara umum:
الحكمة ضالة المؤمن فأنى وجدها وهو أحق بها .(ابن ماجه).
(Kebijaksanaan adalah barang tercicir kepunyaan seseorang yang beriman, maka di mana sahaja dia mendapatinya, dialah yang berhak memungutnya).

Di atas konsep inilah maka Rasulullah S.A.W. menerima persefahaman  tersebut walaupun mereka itu daripada kalangan pemimpin jahiliyah. Banyak perkara baik daripada amalan zaman jahiliyah dan kalangan yang berperikemanusiaan  daripada berbagai bangsa bukan Islam seperti melayan utusan daripada negara luar  termasuk negara musuh, perlindungan keselamatan terhadap para diplomat, menghormati perjanjian antarabangsa dalam perkara yang adil dan sebagainya diterima oleh Islam. Rasulullah S.A.W. juga menyatakan sempadan dengan sabdanya:
المسلمون على شروطهم إلا شرطا حرم حلالا وأحل حراما (البخاري وغيره).
(Orang-orang Islam itu hendaklah bertanggungjawab diatas segala syarat yang mereka tetapkan, malainkan syarat yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram).

Pas adalah parti Islam yang berpaksi dan berpandukan hukum tertinggi mengikut undang-undang tubuhnya (Perlembagaan). Pelaksanaannya dikawal oleh Majlis Syura Ulama, sehingga boleh membatalkan segala keputusan dan langkah yang bertentangan  dengan ajaran Islam. Maka Pas tidak boleh disamakan dengan Umno.

Begitu juga hubangan Pas dengan DAP dan kalangan bukan Islam, sangat berbeza dengan hubungan di antara komponen Barisan Nasional yang tidak berdasar dan berkonsepkan Islam daripada al- Quran dan Sunnah, Ijma’ Ulama dan Qias.

Hubungan Pas dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat adalah hubungan tahaluf  yang berpandukan nas tersebut di atas. Pakatan Rakyat adalah satu muafakat politik dalam konsep tahaluf  siyasi  yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama dalam skop hukum Feqah politik Islam.

Bekerjasama dalam titik persamaan menentang kezaliman politik dan pentadbiran negara  yang dialami oleh seluruh rakyat seperti amalan demokrasi yang tempang, pentadbiran negara yang tempang, pengurusan ekonomi yang penuh dengan penyelewengan, mesyarakat yang jahil dengan kelemahan pendidikan dan undang-undang yang tidak ada kehebatan, menyebabkan krisis moral yang parah dengan kebanjiran maksiat dan jenayah.

Umno yang mewakili Melayu Islam dalam Barisan Nasional mencalarkan Islam dan merosakkan imejnya. Sangat malang bagi sesiapa yang tidak mebezakan diantara Islam dan Melayu, seperti Arab yang tidak membezakannya dengan Islam. Islam pernah memperkasakan Arab dan Arab tumbang setelah menjadikan  Islam hanya kebanggaan sejarah tanpa amalan yang sempurna, walaupun memiliki kekayaan melempah ruah.
Begitulah maknanya, tegakkan Islam bersama Pas Melayu selamat dan semua kaum selamat. Tegakkan Melayu bersama Umno, Islam hanya menjadi jenama yang ditampal pada kotaknya sahaja, tanpa isinya yang sebenar. Samalah seperti meletakkan ubat batuk pada kotak yang berjenamakan ubat  gatal.
Cukuplah menegakkan Islam ala Umno yang bergantung dengan politik wang, pangkat dan tawaran mewah bersamanya tanpa jati diri yang sebenar. Hanya menjadi penyakit yang memakan diri laksana pemelihara  hantu  yang menjadikan tuannya, makan tidak kenyang walau pun makan sebanyak-sebanyaknya.

Melayu yang perkasa bersama Umno, hanya sekadar bertempik menghunus keris taming sari sesama sendiri sehingga negeri dijajah. Merekalah baka yang menyerah diri kepada penjajah dahulu  dan mewarisi kemerdekaan  yang diletak diatas dulang  emas dan menerimanya dengan melalui hamparan permaidani dan taburan bunga. Sejarah tetap tidak boleh dibohongi bagaimana golongan Islam bermandi darah dan air mata menentang penjajah walau pun disembunyikan dibawah tikar yang hina.

Pas ditubuhkan menjadi mata rantai kumpulan Islam terdahulu yang pernah diharamkan silih berganti. Pas tetap Istiqamah dengan Islamnya menyatakan Islam adil terhadap semua manusia. Bukan hanya Arab dan Melayu sahaja atau hanya penganut Islam sahaja. Islam adalah rahmat ALLAH kepada seluruh alam. Pas boleh bekerjasama dengan semua pihak dan tegas berpegang kepada dasarnya dan boleh bertasamuh mengikut batas-batas ALLAH.

Pas pernah bersama Umno di tahun 70-an dan menubuhkan Barisan Nasional bersama Umno dan rakan-rakannya. Penyertaannya  dengan keputusan Muktamar Khas  supaya teguh membawa mesej Islam secara tahaluf siyasi. Ketika bersama Umno, Pas memecat sesiapa kalangan ahlinya, termasuk  ahli Parlimennya yang berjoget dan minum arak bersama Umno.

Kemudian Pas dihalau keluar daripada Barisan Nasional tahun 1978 dan selepas itu kerajaan Pas Kelantan dijatuhkan dengan perisytiharan darurat yang diluluskan oleh Umno dan rakan-rakannya melalui sidang khas Parlimen dan pilihan raya khas  selepas itu. Lalu Pas bersendirian mara ke hadapan dengan cita-cita Islamnya. Pas adalah tersendiri, tidak sama dengan Umno.

Maka Pas tidak perlu berkiblat ke arah Umno dan berimam mengikut arah kiblatnya, kerana kiblat politiknya salah. Tegasnya Pas tidak menghalang ahli DAP minum arak, makan babi, berjudi dan sebagainya. Tetapi Pas memecat kalau ahlinya melakukan perkara yang sama.
Pas pernah mengadakan tahaluf siyasi dengan Parti Melayu Semangat-46 yang berpecah daripada Umno. Parti Semangat-46 pula mengadakan kerjasama dengan DAP.

Parti ini tidak ada lagi dan gagasan yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah yang menggabungkan Pas, Parti Melayu Semangat-46, Berjasa dan Hamim sudah tamat. Akhirnya Pas mengadakan  tahaluf  siyasi bersama PKR yang juga berpecah daripada Umno. Kemudian diiikuti pula tahaluf siyasi dengan DAP.
Pas mengucapkan terima kasih kepada Umno dan media yang menjadi khadamnya kerana sangat bersimpati terhadap Pas kerana kononnya bimbang  Pas akan menjadi parti melukut di tepi gantang.

Percayalah orang Melayu Islam tidak akan hilang jati dirinya bersama- sama dengan Pas selagi Pas tidak meminda kedudukan Islam sebagai dasar dalam perlembagaannnya, seperti Melayu bersama Umno sehingga tidak bermaya di Singapura, Pulau Pinang  dan lain-lain.
Kaum lain di kalangan bukan Islam pula jangan takut bersama Pas kerana kumpulan dan gerombolan yang mengapi-apikan semangat perkauman dan fanatik buta agama berada dalam Umno atau bersekongkol bersama Umno.

Di sepanjang kerjasama Pas dalam tahaluf siyasi tidak pernah rugi. Walaupun ditendang dan dipandang lekeh. Kerjasama PAasdalam BN di awal tahun 70-an dan sehingga akhirnya tidak rugi dengan kehilangan Kelantan setelah Pas ditendang keluar.

Pengaruh Pas dalam kerajaan berjaya masuk ke dalam jasad jentera kerajaan dan institusi pengajian dalam negara dan luar negara dan bertunjang sehingga hari ini dan mereka adalah bakal menjadi jentera pentadbiran Pas dalam Pakatan Rakyat sekiranya berjaya.

Kerjasama Pas bersama Angkatan perpaduan Ummah (Parti Melayu Semangat-46 dan DAP) tahun 90-an berjaya menawan Kelantan sehingga hari ini. Kerjasama Pas dengan Barisan Alternatif dan kemudiannya Pakatan Rakyat berjaya menawan Terengganu pada tahun 1999 walaupun hanya satu penggal kerana ditumbangkan dengan zalim.

Tahun 2008 pula berjaya menawan lima negeri dan Pas memimpin tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak. Manakala Selangor dipimpin  PKR dan DAP memimpin Pulau Pinang. Walaupun dijatuhkan begitu rupa di Perak. Inilah sinario tahaluf siyasi yang dilaksanakan selama ini.
Kerjasama tahaluf siyasi mutakhir ini berjaya memecahkan tembok yang melindungi pandangan bukan Islam terhadap Islam. Usaha media berbagai bahasa termasuk bahasa Melayu beragama Islam bagi mengelirukan menemui kegagalan.

Sehingga akhirnya mendedahkan kepura-puraan Umno berjuang menegakkan hukum hudud laksana ayam jantan kukuk berderai pada hal ekornya bergelimang tahi sejak lebih 50 tahun. Sebenarnya Umnolah penghalang besar kepada perlaksanaan Islam kerana telah berkuasa diperingkat negeri dan pusat.
Ketahuilah bahawa pengajian politik bukan sahaja tersurat dalam tulisan buku dan pengajian akademik di bilik kuliah. Terpenting  juga ialah ijtihad dengan Istiqamah ditengah medan perjuangan. Pas mempunyai semua aspek ini dengan beristiqamah kepada ajaran Islam yang menjadi akidah dan teras kepada semua amalannya.

Negeri Kelantan adalah satu-satunya negeri paling lama diperintah oleh Pas sejak tahun 1959 sehingga 1977 dan kali kedua 1990 sehingga kini adalah penyumbang besar kepada kejayaan Melayu Muslim dalam bidang pendidikan, perkhidamatan awam, keselamatan  dan ekonomi.

seterusnya di sini

Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Pas

VIDEO Nyanyian Shila Amzah Yang Membuatkan Penonton Juri Di China Terpukau!

VIDEO: Nyanyian Shila Amzah Yang Membuatkan Penonton, Juri Di China Terpukau!


WAH..Wah… Nampaknya semakin murah rezeki penyanyi yang cantik bertudung- Shila Amzah tau!
Haa… Mangga Online (MO) dan rakyat Malaysia berbangga bila Shila berjaya ke peringkat akhir pertandingan Asian Wave di Shanghai, China yang akan berlangsung pada 20 September ini.
Shila bersama ibunya akan ke Shanghai pada 17 hingga 26 September ni. Sikap Shila yang tak gentar menyahut cabaran ni boleh dijadikan contoh kepada penyanyi remaja yang lain tau!
 Cerita Shila:
“Alhamdulillah… Mula-mula rasa macam tak percaya dipilih ke final sebab semua peserta hebat-hebat. Maklumlah… Mereka terdiri daripada penyanyi-penyanyi berbakat dan popular dari negara masing-masing di seluruh Asia ni.
“Shila akan nyanyikan tiga buah lagu iaitu Gemilang (nyanyian Jaclyn Victor) , Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu bahasa Cina. Shila dan praktis sebaik mungkin. Cuma Shila perlu jaga kesihatan agar dapat beraksi dengan baik di pentas final nanti.
“Semua orang nak menang. Namun berjaya ke peringkat akhir sudah buat Shila happy kerana ini adalah pengalaman baru.
“Kalau dulu (tahun 2008), Shila pernah bertanding di Shanghai yang menghimpunkan penyanyi baru, sekarang Shila bersaing dengan penyanyi hebat. Nervous juga! Doakan yang terbaik buat Shila ye!
“Syukur… Pihak media luar dah mula nampak bakat Shila. Apa yang Shila tak sangka, ramai peminat muzik di sana teruja bila Shila nyanyi lagu bahasa Cina semasa separuh akhir dulu.
“Shila harap selepas ini, Shila lebih berpeluang mempromosikan diri di luar negara. Insya Allah…jika semuanya berjalan lancar, Shila nak hasilkan lagu dalam bahasa China dan masuk pasaran di sini.”
MO doakan Shila berjaya bawa kemenangan untuk negara yer… Shila memang berbakat besar dan berpesonaliti menarik. MO yakin Shila boleh pergi jauh! (Mangga Online)

Kamis, 26 Desember 2013

Ini Bukan Kes Penderaan Bayi


Jangan salah sangka ya.Ini bukan kes penderaan bayi.
Inilah cara orang Banjar tidurkan anak.Orang Banjar panggil "Pukong".Kalau tidur cara begini,bayi boleh tidur dengan lena dalam jangka masa panjang sehingga 4 atau 5 jam barulah bayi terjaga.Tiadalah sekejap-sekejap terjaga.Bayi akan terasa seperti sentiasa di peluk ibunya.Tidur cara "Pukong" boleh menguatkan tulang belakang bayi dan bayi cepat berjalan.


Dulu,Kami adik-beradik semua pernah tidur cara begini semasa bayi.Jika anda tidak pernah mencuba pada bayi anda boleh lah mencubanya.Tetapi ada beberapa teknik yang anda perlu pelajari terlebih dahulu.Cari lah rakan-rakan kaum banjar dan belajarlah dari mereka.

Untuk mengetahui tentang kaum Banjar sila klik sini "  Asal Usul Kaum Banjar "


Gaya-gaya Bayi Yang Sedang Lena Semasa Di Pukong.




Lihat Video Bayi Yang Di "Pukong"


Makanan Warisan Banjar

SOLAT TARAWIH RAWAT MATI PUCUK

Satu laporan kajian seorang profesor di Universiti Malaya mengenai hikmah solat yang bukan sahaja boleh menguatkan lagi kerohanian seseorang malahan juga boleh membantu lelaki menguatkan tenaga batin.




Dalam laporan itu, pakar bioperubatan, Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim mendedahkan daripada kajiannya bagaimana lelaki yang mengalami masalah ‘mati pucuk’ atau disfungsi erektil boleh memperbaiki keadaan mereka dengan melakukan solat 12 rakaat secara berterusan dalam masa setengah jam, sebanyak tiga kali dalam seminggu.




Menurut Dr Fatimah, ujian yang beliau jalankan terhadap dua lelaki bermasalah selepas sebulan mereka menjalani terapi itu menunjukkan mereka berjaya meningkatkan tahap ketegangan daripada kadar biasa. Ini sudah tentu menjadi berita baik bagi ramai lelaki.

Umum mengetahui bahawa masalah mati pucuk yang dimulai dengan gejala lemah tenaga batin amat menggerunkan bagi lelaki. Paling menakutkan apabila statistik menunjukkan 3.5 juta lelaki di Malaysia kini berhadapan dengan masalah itu, malahan 15 peratus adalah daripada mereka yang bermasalah adalah dalam lingkungan usia yang sepatutnya ‘sangat perkasa’ iaitu antara 25 hingga 34 tahun.

Seramai 23 peratus daripada lelaki-lelaki malang tersebut pula termasuk dalam kategori ‘perlu bersara awal daripada perkhidmatan’ kerana gagal memenuhi KPI iaitu tidak berupaya mengekalkan ereksi sehingga ke puncak hubungan intim.

Seorang kawan lelaki yang bermasalah pernah mengungkapkan kata-kata yang amat syahdu bunyinya: “Daripada mati pucuk, lebih baik mati yang sebenar-benarnya.” Itulah petunjuk ketakutan lelaki hari ini pada satu gejala yang boleh memerangkap mereka dalam ‘neraka’ dunia.
Lelaki yang mati pucuk menganggap diri mereka hilang segala-galanya. Satu falsafah popular menyebut, lelaki melalui beberapa tahap dalam kehidupan mereka iaitu, tahap pertama, mereka mempunyai ‘bayangan hidup’ (bayang-bayang sahaja, boleh hidup); tahap yang kedua, ‘pandangan hidup’ (pandangpandang sahaja, boleh hidup); tahap ketiga, ‘pegangan hidup’ (perlu dipegang, baru hidup); tahap keempat ‘permainan hidup’ (fikirlah sendiri) dan tahap yang terakhir, ‘perjuangan hidup’ adalah yang paling bermasalah.

Bagi kategori ini, mereka yang berkenaan perlu berjuang untuk ‘hidup’ dan inilah situasinya menghampiri tahap ‘mati pucuk’.

LIHAT VIDEO :

Walau apa pun, kajian oleh Profesor Madya Dr Fatimah ini adalah berita yang sangat baik, dan masih memberi harapan kepada lelaki-lelaki yang berada dalam kelompok ‘perjuangan hidup’ ini.

Bagaimanapun satu perkara yang perlu diperingatkan ialah perbetulkan niat supaya anda lebih tenteram dari segi psikologi dalam menempuh situasi ini.

Solat bukan semata-mata eksesais jasmani untuk membetulkan urat-urat yang tersimpul tetapi lebih utama daripada itu, jalan untuk mendekatkan diri kepada ALLAH.

Dan ingatlah, Dialah yang akan menentukan segala-galanya. Jangan terus bergundah gulana, berusahalah dan banyakkan berdoa. Jom ke masjid!

Rabu, 25 Desember 2013

Tunggu kejutan di Himpunan Hijau esok

Harakahdaily, 31 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Dijangkakan akan ada beberapa kejutan akan diumumkan oleh PAS dalam Himpunan Hijau ke Putrajaya yang akan berlangsung di Stadium Darul Aman Alor Setar esok.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika ditanya berhubung kejutan itu, beliau berkata ianya mungkin diumumkan pada acara kemuncak di sebelah malamnya.

"Malam esok adalah program kemuncaknya di mana semua pimpinan utama PAS akan hadir.

"Semestinya mungkin ada beberapa orang baru nak isytihar masuk PAS," katanya.

Sebelum ini desas-desus menyebut beberapa lagi tokoh berpengaruh dan pernah memegang jawatan tinggi negara akan membuat perisytiharan meyertai PAS pada Himpunan Hijau ini.

Sejak kebelakangan ini, ramai tokoh dan salebriti yang cenderung kepada agama mengumumkan secara terbuka menyertai PAS.

Ianya termasuk bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari, dan penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah.

"InsyaAllah, tokoh penting," kata Mustafa lagi.

Sementara itu, Himpunan Hijau esok akan bermula dengan program tertutup di sebelah pagi di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

Program yang dinamakan Amanat Khas Pimpinan itu akan menghimpunkan seluruh pimpinan PAS dari semua peringkat.

Kemuncak program pada pagi itu adalah ucapan amanat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Ucapan Presiden PAS itu nanti semacam ucapan dasar waktu muktamar juga lah.

"Ianya semestinya akan fokus juga kepada persiapan dan unsaha menghadapi pilihan raya," kata Mustafa lagi.

Program terbuka kepada umum pula akan bermula seawal jam 4 petang di Stadium Darul Aman yang dinamakan Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya.

Program itu akan menampilkan penceramah tersohor, Ustaz Azhar Idrus dan selebriti Bob Lokman yang akan mempersembahkan sketsa bertajuk Belantan Pusaka Durjana.

Program kemuncak sebelah malamnya pula juga di Stadium Darul Aman dan akan bermula dengan solat Maghrib secara berjemaah, solat hajat dan munajat perdana.

Program ceramah oleh pimpinan utama dan kejutan akan dimulakan sejurus selepas solat Isyak.