
Arsenal sudah hampir sebelah kaki untuk mara ke saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara selepas meraih kemenangan besar 3-0 ke atas kelab Turki, Fenerbahce pada perlawanan pertama playoff di gelanggang lawan, awal pagi tadi.
Skuad kendalian Arsene Wenger itu hadir ke Istanbul dengan kekalahan mengejut 1-3 kepada Aston Villa pada aksi sulung Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu.
Kedudukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama tampak menggusarkan Wenger untuk mencari bekalan selesa menjelang perlawanan kedua di laman sendiri.
Namun jentera depan Arsenal akhirnya berjaya meledakkan tiga gol pada babak kedua menerusi Kieran Gibbs pada minit ke-51, Aaaron Ramsey minit ke-64 serta sepakan penalti Olivier Giroud minit ke-77.
Perlawanan kedua bakal berlangsung di Stadium Emirates, Selasa depan tetapi terdahulu Arsenal akan berkunjung ke Fulham untuk perlawanan kedua Liga Perdana Inggeris, Sabtu ini.
0 komentar:
Posting Komentar